Malam ini sahabat-sahabat yang beragama kristian tentu amat gembira kerana menyambut perayaan krismas.SELAMAT HARI KRISMAS UNTUK SEMUA.Kita bertuah kerana bebas beragama dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.Marilah kita sama-sama menjaga keharmonian yang terpelihara sejak dulu.Sikap toleransi dan saling hormat sesama kita adalah amalan yang seharusnya kita wariskan zaman berzaman supaya kita dapat pertahankan hubungan persaudaraan dalam negara yang kita mahu makmur selama-lamanya ini.Tiada guna membanding antara satu agama dengan agama lain kerana ia hanya akan menanam bibit-bibit perpecahan untuk generasi yang akan meneruskan kehidupan di BUMI ini.Apa jua jenis agama ketuhanan,tiada satu pun yang menyeru kearah kejahatan.Semua agama yang turun dari langit adalah ajaran yang menyeru kebaikan.Yang beza hanyalah APA YANG DIPERCAYA. Dan sebagai orang yang beragama,tentu kita telah diajar untuk saling MENGHORMATI.Maka biarlah SOAL AGAMA itu menjadi HAK SESEORANG.
No comments:
Post a Comment