People must "stick their necks out" and speak up if they see something obviously WRONG !

Saturday, January 14, 2012

SAHABAT

12hb.Februari genaplah 33 tahun dari tarikh surat pelawaan Sabah untuk memajukan tanah SAHABAT;
“…Kerajaan Negeri Sabah sangatlah mengalu-alu kemasukan dan penyertaan FELDA di dalam rancangan pembangunan di negeri ini. Kerajaan negeri memerlukan penyertaan FELDA untuk membantu di dalam mempercepatkan lagi proses dan tempoh pembangunan di negeri Sabah khususnya di bidang pembangunan tanah…” ( YAB Datuk Haris Mohd Salleh - Ketua Menteri Sabah )

04hb.April 1979..Sabah mengeluarkan surat tawaran untuk memajukan Semenanjung Dent di kawasan Lembah Segama dalam daerah Lahad Datu dan Umas-Umas di daerah Tawau.Dan kawasan-kawasan yang ditawarkan bertambah lagi pada tahun 1984.
 

Tuesday, January 3, 2012

Kerajaan Persekutuan merompak di Sabah???

Kerajaan Persekutuan boleh dianggap ‘merompak’ harta negeri Sabah dan dalam masa yang sama tidak bertanggung jawab menyediakan kemudahan asas dan autonomi kepada Sabah dalam bidang Imigresen; terutama menafikan hak Lahad Datu dan beberapa daerah untuk dinaiktaraf sebagai Pejabat Wilayah sekalipun mencatatkan pendapatan berjuta ringgit setahun.....

                                                                                                              lihat & Baca             

Friday, December 30, 2011

Tahun Baru 2012

....BAGAIMANA kalau disaat dunia sibuk menanti detik 12 malam 31.12.2011,tiba-tiba ramalan itu TEPAT ? Saat itu kita di mana dan bagaimana....LU FIKIRLAH SENDIRI!


Read more..

Monday, December 26, 2011

NILAI Sebuah Bendera

Setiap menjelang Bulan Merdeka,ramai yang bersemangat mengibar Jalur Gemilang.Macam-macam saiz kita akan lihat dipasang di kereta,premis niaga,rumah,kiri kanan bahu jalan dan di tempat-tempat awam yang sesuai.Walaupun tidak semua bendera Jalur Gemilang itu diperolehi melalui pemberian percuma, semangat berlumba-lumba menaikkan Jalur Gemilang tetap tersemat di sanubari setiap rakyat Malaysia. Tapi amat menyedihkan bila kita hanya bersemangat untuk mengibarkan bendera tanpa menghayati nilai bendera itu kepada kita sebagai warganegara Malaysia.
Tiadakah sebarang undang-undang untuk melindungi 'NILAI' sebuah??

Lebih baik jangan kibar kalau tidak tahu 'NILAI' bendera yang dikibar.Sudahlah setahun sekali kibar,kibarpun asal kibar je.

Saturday, December 24, 2011

SELAMAT HARI KRISMAS.

Malam ini sahabat-sahabat yang beragama kristian tentu amat gembira kerana menyambut perayaan krismas.SELAMAT HARI KRISMAS UNTUK SEMUA.Kita bertuah kerana bebas beragama dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.Marilah kita sama-sama menjaga keharmonian yang terpelihara sejak dulu.Sikap toleransi dan saling hormat sesama kita adalah amalan yang seharusnya kita wariskan zaman berzaman supaya kita dapat pertahankan hubungan persaudaraan dalam negara yang kita mahu makmur selama-lamanya ini.Tiada guna membanding antara satu agama dengan agama lain kerana ia hanya akan menanam bibit-bibit perpecahan untuk generasi yang akan meneruskan kehidupan di BUMI ini.Apa jua jenis agama ketuhanan,tiada satu pun yang menyeru kearah kejahatan.Semua agama yang turun dari langit adalah ajaran yang menyeru kebaikan.Yang beza hanyalah APA YANG DIPERCAYA. Dan sebagai orang yang beragama,tentu kita telah diajar untuk saling MENGHORMATI.Maka biarlah SOAL AGAMA itu menjadi HAK SESEORANG.